YANGON: Malaysia bermula langkah kanan selepas menewaskan Myanmar 1-0 pada aksi pembukaan Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 sekali gus menamatkan badi kekalahan sejak 2016 di Stadium Thuwunnna di sini, hari ini.
Pemain sayap lincah, Mohamad Faisal Abdul Halim dan penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed masing-masing muncul wira pasukan negara apabila meledak gol kemenangan dan bertindak cemerlang menyelamatkan sepakan penalti Myanmar pada penghujung perlawanan.
Kemenangan itu memberikan tiga mata penting kepada skuad Harimau Malaya dalam usaha memburu dua slot ke peringkat separuh akhir seterusnya mencuba menamatkan penantian 12 tahun merangkul gelaran kedua kejohanan tertinggi peringkat Asia Tenggara itu.
Bagaimanapun, pada aksi dihadiri 2,500 penonton itu, Malaysia dipaksa bekerja keras di babak pertama apabila perlawanan dikuasai pasukan tuan rumah yang tampil memperagakan permainan hantaran pendek dan pantas ketika memegang bola manakala cepat bertindak untuk menutup ruang ketika bertahan.
Skuad bimbingan Antoine Hey itu memberi amaran awal menerusi percubaan berani dari luar kotak penalti pemain tengah, Lwin Moe Aung pada minit kelapan, namun sedikit tersasar.
Myanmar, bergelar Singa Asia, kemudian mensia-siakan peluang terhidang di depan gol selepas penyerang Aung Kaung Mann lewat melepaskan rembatan berpunca hantaran lintang Moe Aung pada minit ke-19.
Selepas 20 minit pertama buntu mencipta serangan, kesilapan pertahanan Myanmar mengeluarkan bola gagal dalam kotak penalti gagal dimanfaatkan Mohamad Faisal apabila rembatannya dari jarak dekat tersasar.
Kedudukan tanpa jaringan kekal sehingga rehat itu memaksa ketua Jurulatih negara, Kim Pan Gon membawa masuk penyerang naturalisasi, Lee Tuck menggantikan Darren Lok yang menyaksikan pemain kelahiran England itu tidak menunggu lama untuk mencipta impak.
Kepantasannya memintas bola membawa kepada gol tunggal pasukan negara apabila Muhammad Safawi kemudian melorongkan bola kepada Mohamad Faisal yang tenang melepaskan rembatan leret untuk menewaskan penjaga gol, Kyaw Zin Phyo, pada minit ke-52
Tersentak dengan jaringan itu, Myanmar bangkit melancarkan serangan bertali arus dari sebelah kanan dan kiri gawang Malaysia, namun benteng pertahanan diketuai Sharul Nazeem Zulpakar berjaya mematahkan gerakan ke arah gawang pasukan.
Myanmar yang tidak berputus asa hampir menyamakan kedudukan apabila Kyaw Min Oo melepaskan rembatan dari jarak jauh yang memaksa penjaga gol Ahmad Syihan melompat tinggi untuk menepis percubaan berbahaya itu.
Di penghujung perlawanan, kesilapan Sharul Nazeem tertampan bola di tangan hampir mengundang padah apabila pengadil memberikan sepakan penalti kepada Myanmar, namun Ahmad Syihan bijak merebahkan badan di sebelah kanan gawang untuk menepis rembatan Myat Kaung Khant.
Pasukan negara akan meneruskan aksi menentang Laos di Stadium Nasional di Bukit Jalil,Sabtu ini, Vietnam di Hanoi (27 Dis) dan menerima kunjungan Singapura (3 Jan) di Bukit Jalil bagi memburu dua slot teratas Kumpulan B untuk layak ke separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 21 2022
Pasukan negara akan meneruskan aksi menentang Laos di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Sabtu ini. - Gambar/ Myanmar Football Federation
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.
Selangor rekod kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Siti Kamisah berkata, kepadatan penduduk, aktiviti ekonomi, desakan hidup serta capaian internet yang meluas menjadi antara faktor.
Piala AFF: Lagu 'mantera' bangkit semangat perlawanan malam ini!
Malam ini bakal berlangsung perlawanan kedua peringkat seperuh akhir Piala AFF 2022 Mitsubishi Electric pasukan Malaysia menentang Thailand.
Harimau Malaya perlu raih banyak gol - Mat Yo
Meraih gol yang banyak malam ini, akan memberi kelebihan kepada pasukan negara kerana bukan mudah beraksi di Stadium Thammasat.
Piala AFF: Kecewa tak dapat tiket, Instagram Jay Chou jadi sasaran
Ruangan komen Instagram penyanyi terkenal Jay Chou 'diserang' netizen gara-gara proses pemasangan pentas konsertnya yang menganggu ruang tempat duduk stadium.
Piala AFF 2022: Operasi stesen LRT Bukit Jalil dilanjut hingga 12.30 malam
Operasi Stesen transit aliran ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 12.30 malam pada 3 Januari ini.
Tidak puas hati mutu pengadilan, FAM hantar surat rasmi kepada AFF
FAM telah menghantar surat rasmi berhubung mutu pengadilan sewaktu perlawanan Kumpulan B, Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 Vietnam menentang Malaysia di Stadium My Dinh, Hanoi Sabtu lalu.
Piala AFF 2022: Harimau Malaya terus kempunan, tewas di tangan Vietnam
Vietnam memperolehi jaringan pertama menerusi tandukan daripada penyerang Nguyen Tien Linh pada minit ke-32.
Harimau Malaya enggan bertandang ke Vietnam sia-sia
Katanya, beliau dan rakan sepasukan akan bekerja keras bagi memburu keputusan yang diinginkan.
Piala AFF: Harimau Malaya mudah 'ratah' Laos 5-0
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan B Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 apabila mudah menumpaskan Laos dengan keputusan lima gol tanpa balas.
Piala AFF: Malaysia tundukkan Myanmar, Faisal, Ahmad Syihan jadi wira
Malaysia bermula langkah kanan selepas menewaskan Myanmar 1-0 pada aksi pembukaan Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.
Piala AFF 2022: Malaysia kutip tiga mata pertama, tewaskan Myanmar 1-0
Ahmad Syihan penjaga gol muncul wira apabila berjaya menepis rembatan penalti Myat Kaung Khant.